JABATAN MUAMALAT & KEWANGAN ISLAM





Pengenalan

Jabatan Muamalat dan Kewangan Islam ditubuhkan dalam rangka tujuan menyediakan kursus-kursus yang berkaitan dengan Sistem Muamalat dan Kewangan Islam sebagaimana yang disyaratkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi bagi memenuhi kursus-kursus wajib dan pilihan di peringkat sebuah Jabatan. Dalam hal ini, Jabatan berkenaan berperanan sebagai penjana dan pengembang ilmu pengurusan berteraskan Muamalat Islam serta memberi penekanan khusus kepada perkembangan ilmu Iqtisad Islami semasa.


Misi

Beriltizam untuk melahirkan pengamal ekonomi Islam yang thiqah, praktikal dan terkemuka hasil gabungan di antara ilmu pengurusan dan komunikasi yang berteraskan dakwah Islamiah.


Matlamat

1. Melahirkan graduan yang menguasasi falsafah ilmu iqtisad Islami.
2. Mengintegrassikan pengajian muamalat yang bersifat teoritis dan amali/praktikal
menerusi amalan pengurusan dan komunikasi moden.
3. Menjana serta mengembangkan sistem muamalat dan kewangan Islam kepada seluruh
lapisan masyarakat.


Berikut adalah subjek dibawah Jabatan Muamalat & Kewangan Islam :-





JABATAN DAKWAH & KOMUNIKASI





Pengenalan


Jabatan Pengurusan Dakwah dan Komunikasi ditubuhkan dalam rangka tujuan menyediakan kursus-kursus yang berkaitan dengan pengurusan dakwah dan komunikasi sebagaimana yang disyaratkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi bagi memenuhi kursus-kursus wajib dan pilihan di peringkat sebuah Jabatan. Dalam hal ini, Jabatan berkenaan berperanan sebagai penjana dan pengembang ilmu pengurusan berteraskan dakwah Islamiah serta memberi penekanan khusus kepada perkembangan ilmu komunikasi semasa.


Misi


Beriltizam untuk melahirkan pendakwah thiqah, praktikal dan terkemuka hasil gabungan di antara ilmu pengurusan dan komunikasi yang berteraskan dakwah Islamiah.


Matlamat


1. Melahirkan graduan yang menguasai falsafah ilmu dakwah Islamiah.

2. Mengintegrasikan pengajian dakwah yang bersifat teoritis dan amali/praktik menerusi amalan pengurusan dan komunikasi moden.

3. Menjana serta mengembangkan penyebaran dakwah Islamiah kepada seluruh lapisan masyarakat.

Berikut adalah subjek dibawah Jabatan Dakwah & Komunikasi :-





PUSAT PENGAJIAN UMUM (PPU)





Pengenalan


Pusat Pengajian Umum ditubuhkan bagi menyediakan kursus-kursus wajib sebagaimana yang disyaratkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi serta kursus-kursus wajib dan pilihan di peringkat Kolej yang bersifat akademik, teknikal dan vokasional. Dari sudut ini Pusat Pengajian Umum berperanan sebagai penjana dan pengembang ilmu pengetahuan berlandaskan perspektif umum Islam yang memberi penekanan kepada aspek-aspek ilmu yang bersifat paduan (integrated) antara teori dan praktik.


Misi


Beriltizam untuk melahirkan graduan berpengetahuan luas, berfikiran global dan peka terhadap tuntutan semasa selari dengan prinsip Islam sebagai rahmah untuk seluruh alam.


Matlamat


1. Melahirkan graduan yang berpengetahuan dan berjiwa Islamik yang sesuai dengan tuntutan semasa dan pasaran.
2. Mengseimbangkan pengajian yang bersifat teoritis dan amali/praktik sehingga graduan yang dikeluarkan mampu menjana pekerjaan untuk dirinya sendiri (self-employment).
3. Menjana dan menyebarkan ilmu yang bersifat global berdasarkan acuan Islam.


Kursus dan program yang ditawarkan:


PRA-DIPLOMA

Program Pra-Diploma ditawarkan kepada pelajar-pelajar Kursus Diploma yang tidak melepasi Ujian Penempatan Bahasa Arab (Arabic Placement Test- APT) dan/atau Ujian Penempatan Bahasa Inggeris (English Placement Test-EPT). Pelajar akan mendudukinya selama minima satu semester atau maksima tiga semester mengikut pencapaiannya dalam peperiksaan setiap semester. Kursus ini ditawarkan pada setiap ambilan pelajar kemasukan sesi Februari dan September setiap tahun.


KURSUS BAHASA

Program Kursus Bahasa ini dijalankan dalam 4 modul, 2 modul Bahasa Arab dan 2 Modul Bahasa Inggeris. Ia dirangka sebagai inisiatif memperkukuh kemahiran bahasa Arab dan Bahasa Inggeris kepada pelajar sebagai persediaan memasuki Program Diploma di mana-mana institusi Pengajian Tinggi terutama KUIZM. Program ini hanya diitawarkan dan dijalankan pada bulan Julai-September sahaja sebagai persediaan kemasukan ke mana-mana Institusi tempatan.


BIDANG WAJIB KUIZM

Pusat Pengajian Umum juga menawarkan bidang-bidang subjek-subjek yang wajib diambil dan lulus kepada pelajar lulusan Diploma di KUIZM. Syarat ini adalah memenuhi syarat yang ditetapkan oleh KUIZM dan MQA (Malaysia Qualification Agency).





KEMANA SELEPAS KUIZM ??







HAVE QUESTIONS?



LET'S GET IT DONE.